Tuesday, May 22, 2012
PERMOHONAN GURU CEMERLANG
Semoga berjaya.
SPBA
Berbagai telahan didengari.
Atas kesabaran serta keperihatinan, SPBA dimansuh
GC kembali bernafas, menyemai bakti
Bersyukur kita ke hadrat ILLAHI
Wednesday, February 22, 2012
Minit curai Mesyuarat JK MGCN Kedah
Sunday, February 19, 2012
MESYUARAT JAWATAN KUASA MAJLIS GURU CEMERLANG 1/2012
|
“KEDAH GEMILANG”
JPK. 03 – 08/2851/63 Jld. 2 ( )
15 FEBRUARI 2012
(Seperti di lampiran berkelat)
Melalui dan salinan:
Pengetua/Guru Besar (sekolah-sekolah berkenaan)
Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH BIL.1/2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kedah akan mengadakan mesyuarat tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:
TARIKH : 22 Februari 2012 (Rabu)
MASA : 3.00 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Perdana,
SMTeknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah
3. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut dan mohon hantar wakil sekiranya tuan tidak dapat hadir. Untuk makluman tuan, makan dan minum adalah disediakan manakala tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan PTJ masing-masing berdasarkan pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa sekarang. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
· Alu-aluan pengerusi
· Ucapan Penyelaras Guru Cemerlang, Jabatan Pelajaran Kedah
· Taklimat kedudukan Guru Cemerlang dalam SBPA oleh Pengerusi MGCM
· Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
· Perkara berbangkit
· Laporan kewangan oleh Bendahari MGCNK
· Perancangan MGCNK 2012
· Pengedaran buku dan diari terbitan MGCM
· Hal-hal lain
4. Kerjasama dan komitmen tuan dalam menjayakan mesyuarat ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Sila hubungi Encik Zulkifli bin Md Razali, MGCNK, di talian: 019-4227917 sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat tambahan berkaitan dengan mesyuarat tersebut.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
Saya yang menurut perintah,
(HAJI ASMEE BIN HAJI TAJUDDIN, AMK.,BCK.)
Ketua Sektor Pengurusan Akademik
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman
s.k. 1. Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman
2. Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Monday, November 14, 2011
PERSIDANGAN KEBANGSAAN GC 2011
Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2011 telah diadakan di IAB Utara
Sunday, November 13, 2011
MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG

Mesyurat Jawatankuasa MGC telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Anak Bukit pada 13 November 2011.