Tuesday, October 5, 2010

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan seperti
berikut:

TARIKH : 9 OKTOBER 2010 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR SMK IBRAHIM, SUNGAI PETANI, KEDAH

Sehubungan dengan itu, semua guru cemerlang (seperti di lampiran berkelat pada surat edaran) dijemput menghadiri bengkel tersebut.
Mohon kerjasama Pengetua/Guru Besar mengarahkan guru cemerlang di sekolah tuan hadir pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.
Program ini akan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Kedah dan kehadiran semua guru cemerlang amatlah diharapkan. Untuk makluman, makan dan minum akan disediakan oleh pihak penganjur dan sebagai langkah penjimatan perkongsian kenderaan amatlah digalakkan. Semua peserta diperingatkan untuk memakai pakaian bekerja yang kemas dan bersopan semasa menghadiri bengkel berkenaan.
Kerjasama dan komitmen tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan disanjung
tinggi. Sila hubungi Tuan Hj. Sadli bin Abdullah, Setiausaha 1, Majlis Guru Cemerlang Kedah di talian: 013-4245797 atau En. Mubarak Ali bin Rakhir Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahasa 1, Sektor Pengurusan Akademik, di talian: 019-4456666 sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat tambahan berkaitan dengan program tersebut.


ATUR CARA
8.00 - 9.00 pagi : Pendaftaran
9.00 - 10.30 pagi : Sesi Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang
- Penyedian SKT oleh MGC
- Kualiti Guru Cemerlang oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik
10.30 -10.45 pagi : Rehat
11.00 pagi : Sesi Guru Cemerlang Bersama Pengarah Pelajaran Kedah
- Bacaan Doa
- Ucapan alu-aluan YDP MGC Kedah
- Ucaptama Pengarah Pelajaran Kedah
12.30 tengah hari : Makan tengah hari
2.00 petang : Mesyuarat Agung Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah Darul Aman
: Bengkel Guru Cemerlang Daerah
5.00 petang : Bersurai

CATATAN:
MOHON KERJASAMA SEMUA GURU CEMERLANG MENGAMBIL PERHATIAN TENTANG PERKARAPERKARA
BERIKUT:
1. MEMAKAI PAKAIAN BEKERJA YANG KEMAS DAN BERSOPAN
2. SARAPAN PAGI TIDAK DISEDIAKAN UNTUK PESERTA
3. SEMUA GURU CEMERLANG WAJIB HADIR DAN MENGIKUTI PROGRAM SEHINGGA SELESAI
4. DIGALAKKAN BERKONGSI KENDERAAN KERANA MASALAH TEMPAT PARKIR YANG TERHAD

Wednesday, September 1, 2010

ALBUM MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH 2010



Tuan Haji Abdul Halim mempengerusikan mesyuarat mewakili Tuan YDP MGCN Kedah


Mesyuarat dihadiri oleh AJK MGCN Kedah dan peserta-peserta ke Konvensyen Guru Cemerlang Kebangsaan 2010






Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 53


SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 53
" 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"

MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH 2010

TARIKH: 1 SEPTEMBER 2010(RABU)
TEMPAT: PKG GURUN, SK. GURUN, KEDAH.
MASA: 12.00 TENGAHARI
SELAMAT DATANG DAN MELAYARI BLOG MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH.