Wednesday, July 27, 2011

JEMPUTAN GURU CEMERLANG KE SEMINAR GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH 2011

JEMPUTAN GURU CEMERLANG KE SEMINAR GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah Darul Aman dengan
kerjasama Jabatan Pelajaran Kedah akan menganjurkan seminar tersebut untuk program peningkatan profesionalisme guru cemerlang negeri Kedah Darul Aman mengikut ketetapan seperti berikut:

TARIKH : 30 JULAI 2011 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR SM VOKASIONAL SG. PETANI 2, SG. PETANI, KEDAH

Sehubungan dengan itu, semua guru cemerlang dijemput menghadiri seminar tersebut.
Seminar ini akan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Kedah dan kehadiran semua guru cemerlang adalah diwajibkan.

Untuk makluman tuan, makan dan minum akan disediakan oleh pihak penganjur dan sebagai
langkah penjimatan perkongsian kenderaan amatlah digalakkan. Semua peserta diperingatkan untuk memakai pakaian kerja yang kemas dan bersopan semasa menghadiri seminar tersebut. Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis seminar untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Kerjasama dan komitmen tuan dalam menjayakan seminar ini amatlah dihargai dan disanjung
tinggi.

Sila hubungi Tuan Hj. Sadli bin Abdullah, Setiausaha 1, Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah di talian: 013-4245797 atau En. Mubarak Ali bin Rakhir, Ketua Penolong Pengarah Bahasa (1), Jabatan Pelajaran Kedah, di talian: 019-4456666 sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat tambahan berkaitan dengan seminar tersebut.

Sekian, terima kasih.

Klik pada link berikut untuk surat panggilan dan borang maklumat Guru Cemerlang



ATUR CARA MAJLIS SEMINAR GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH 2011

TARIKH: 30 JULAI 2011 (SABTU)
TEMPAT: DEWAN BESAR, SM VOKASIONAL SG. PETANI 2, SUNGAI PETANI, KEDAH
MASA: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

ATUR CARA
8.00 – 8.30 pagi : Pendaftaran
8.30 – 10.00pagi : Peranan Guru Cemerlang dalam peningkatan prestasi pelajar di sekolah
10.00 -10.30pagi : Minum pagi
10.30 – 12.30t/hari : Ucap utama dan perasmian oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kedah
12.30 – 2.00petang : Makan tengah hari dan solat
2.00 – 3.30petang : Bengkel sidang selari guru cemerlang mata pelajaran
3.30 – 5.00petang : Taklimat pelaksanaan Program Tuisyen Bersama Guru Cemerlang

CATATAN:
MOHON KERJASAMA SEMUA GURU CEMERLANG MENGAMBIL PERHATIAN TENTANG PERKARAPERKARA BERIKUT:

1. SEMUA GURU CEMERLANG DIWAJIBKAN HADIR DAN MENGIKUTI PROGRAM SEHINGGA SELESAI.
2. SEMUA GURU CEMERLANG DIGALAKKAN BERKONGSI KENDERAAN SEBAGAI LANGKAH PENJIMATAN DAN JUGA UNTUK MENGATASI MASALAH PARKIR YANG TERHAD.
3. SEMUA GURU CEMERLANG DIKEHENDAKI MEMAKAI PAKAIAN KERJA YANG KEMAS DAN BERSOPAN.
4. MOHON KERJASAMA GURU CEMERLANG MENGEMBALIKAN BORANG DATA GURU CEMERLANG TERKINI KEPADA PIHAK URUS SETIA SEMINAR MENGIKUT SEKOLAH DAN DAERAH MASING-MASING SEMASA MELAKUKAN PENDAFTARAN.
SELAMAT DATANG DAN MELAYARI BLOG MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH.