Monday, November 14, 2011

PERSIDANGAN KEBANGSAAN GC 2011


Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2011 telah diadakan di IAB Utara
pada 21-24 Oktober 2011.
Persidangan dirasmikan oleh YB Dato Mukhriz b Tun Dr. Mahathir,
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sunday, November 13, 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG


Mesyurat Jawatankuasa MGC telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Anak Bukit pada 13 November 2011.

Beberapa perancangan aktiviti tahun 2012 telah dirancang.

SEMINAR P&P SAINS DAN MATEMATIK

Satu seminar Pengajaran dan Pembelajaran untuk matapelajaran sains dan matematik telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan, JPN Kedah pada 18 Oktober 2011. Seminar ini disertai oleh Guru Cemerlang Negeri Kedah.
Pameran BBM sains dan matematik turut di pamerkan oleh peserta kursus.

Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua guru seluruh Malaysia.

Thursday, August 11, 2011

MESYUARAT JAWATAN KUASA MAJLIS GURU CEMERLANG 2/2011


Dari kiri: En Mubarak (Penyelaras JPN), Tn. Hj. Abd Halim b Saad (YDP) dan En. Zulkifli b Md Razali (SU1)

Jawatankuasa tekun berbincang

Penyerahan/penerimaan tugas JK Biro laman web

Jawatankuasa MGCK lama dan baru



Wednesday, July 27, 2011

JEMPUTAN GURU CEMERLANG KE SEMINAR GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH 2011

JEMPUTAN GURU CEMERLANG KE SEMINAR GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah Darul Aman dengan
kerjasama Jabatan Pelajaran Kedah akan menganjurkan seminar tersebut untuk program peningkatan profesionalisme guru cemerlang negeri Kedah Darul Aman mengikut ketetapan seperti berikut:

TARIKH : 30 JULAI 2011 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR SM VOKASIONAL SG. PETANI 2, SG. PETANI, KEDAH

Sehubungan dengan itu, semua guru cemerlang dijemput menghadiri seminar tersebut.
Seminar ini akan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Kedah dan kehadiran semua guru cemerlang adalah diwajibkan.

Untuk makluman tuan, makan dan minum akan disediakan oleh pihak penganjur dan sebagai
langkah penjimatan perkongsian kenderaan amatlah digalakkan. Semua peserta diperingatkan untuk memakai pakaian kerja yang kemas dan bersopan semasa menghadiri seminar tersebut. Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis seminar untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Kerjasama dan komitmen tuan dalam menjayakan seminar ini amatlah dihargai dan disanjung
tinggi.

Sila hubungi Tuan Hj. Sadli bin Abdullah, Setiausaha 1, Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah di talian: 013-4245797 atau En. Mubarak Ali bin Rakhir, Ketua Penolong Pengarah Bahasa (1), Jabatan Pelajaran Kedah, di talian: 019-4456666 sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat tambahan berkaitan dengan seminar tersebut.

Sekian, terima kasih.

Klik pada link berikut untuk surat panggilan dan borang maklumat Guru Cemerlang



ATUR CARA MAJLIS SEMINAR GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH 2011

TARIKH: 30 JULAI 2011 (SABTU)
TEMPAT: DEWAN BESAR, SM VOKASIONAL SG. PETANI 2, SUNGAI PETANI, KEDAH
MASA: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

ATUR CARA
8.00 – 8.30 pagi : Pendaftaran
8.30 – 10.00pagi : Peranan Guru Cemerlang dalam peningkatan prestasi pelajar di sekolah
10.00 -10.30pagi : Minum pagi
10.30 – 12.30t/hari : Ucap utama dan perasmian oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kedah
12.30 – 2.00petang : Makan tengah hari dan solat
2.00 – 3.30petang : Bengkel sidang selari guru cemerlang mata pelajaran
3.30 – 5.00petang : Taklimat pelaksanaan Program Tuisyen Bersama Guru Cemerlang

CATATAN:
MOHON KERJASAMA SEMUA GURU CEMERLANG MENGAMBIL PERHATIAN TENTANG PERKARAPERKARA BERIKUT:

1. SEMUA GURU CEMERLANG DIWAJIBKAN HADIR DAN MENGIKUTI PROGRAM SEHINGGA SELESAI.
2. SEMUA GURU CEMERLANG DIGALAKKAN BERKONGSI KENDERAAN SEBAGAI LANGKAH PENJIMATAN DAN JUGA UNTUK MENGATASI MASALAH PARKIR YANG TERHAD.
3. SEMUA GURU CEMERLANG DIKEHENDAKI MEMAKAI PAKAIAN KERJA YANG KEMAS DAN BERSOPAN.
4. MOHON KERJASAMA GURU CEMERLANG MENGEMBALIKAN BORANG DATA GURU CEMERLANG TERKINI KEPADA PIHAK URUS SETIA SEMINAR MENGIKUT SEKOLAH DAN DAERAH MASING-MASING SEMASA MELAKUKAN PENDAFTARAN.

Sunday, April 10, 2011

PEMANGKUAN GURU/PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.

Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:

  • Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
  • Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011.
Sebarang maklumat lanjut sila layari
http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1852

Saturday, April 2, 2011

MESYUARAT JAWATAN KUASA MGC KEDAH 1/2011





Tuan Haji Rodzli(tengah) bersama Ustaz Shamsuddin(kiri) dan Tuan Haji Abd. Halim bersama-sama mempengerusikan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2011.
Perbincangan semasa mesyuarat dilangsungkan.


Barisan Jawatan Kuasa MGC Negeri Kedah Sesi 2009/2011
SELAMAT DATANG DAN MELAYARI BLOG MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH.